Sistem sewa kereta untuk pengusaha di Malaysia

JagaRent ialah sistem sewa kereta yang dibina untuk perniagaan kereta sewa di Malaysia. Letak semua kereta dalam satu kalendar, terima tempahan melalui pautan anda sendiri, dan simpan deposit, bayaran serta invois bagi setiap sewaan, tanpa Excel dan tanpa perlu skrol semula WhatsApp.

Satu kalendar untuk semua kereta

Tambah setiap kereta bersama gambar, kadar harian dan lokasi ambil. Setiap tempahan akan muncul pada kalendar mengikut hari yang ditempah, jadi anda terus nampak kereta mana yang sedang disewa dan mana yang kosong hujung minggu ini.

Apabila sesebuah kereta sudah ditempah pada sesuatu tarikh, tarikh itu tidak boleh ditempah lagi. Ini terpakai sama ada tempahan datang daripada pautan online atau anda sendiri yang masukkan untuk pelanggan walk-in dan WhatsApp.

Terima tempahan kereta sewa secara online

Setiap akaun mendapat satu pautan kedai yang memaparkan semua kereta aktif anda. Pelanggan pilih tarikh, lihat kereta yang masih ada, dan hantar tempahan dengan nama serta nombor telefon. Setiap kereta juga ada pautan tempahan sendiri jika anda mahu promosi satu model sahaja.

Kongsi pautan di WhatsApp, Facebook atau bio Instagram. Tempahan baharu masuk ke senarai anda dengan sendiri, dan anda menerima notifikasi.

Deposit dan bayaran dijejak bagi setiap tempahan

Tetapkan deposit untuk setiap kereta: tiada, jumlah tetap, atau peratusan daripada jumlah sewa. Pelanggan buat pindahan ke akaun bank atau DuitNow QR anda sendiri dan muat naik resit, atau anda boleh uruskan bayaran melalui WhatsApp. Wang terus masuk ke akaun anda.

Resit menunggu dalam halaman Bayaran untuk anda sahkan. Tunai dan pindahan yang diterima di luar sistem juga boleh direkodkan pada tempahan, jadi anda sentiasa tahu siapa sudah bayar deposit, siapa sudah bayar penuh, dan siapa yang masih berhutang.

Invois, peringatan dan laporan kerosakan

Jana invois bernombor dengan logo dan maklumat perniagaan anda, kemudian hantar pautannya kepada pelanggan melalui WhatsApp. Peringatan ambil dan pulang kereta dihantar melalui emel.

Buat laporan kerosakan dengan gambar dan nota apabila kereta dipulangkan, dan dalam pelan Pro, tetapkan peringatan penyelenggaraan bagi setiap kenderaan. Laporan memaparkan tempahan dan hasil bagi mana-mana tempoh dan boleh dieksport sebagai PDF.

Cara ia berfungsi

  1. 1

    Tambah kereta anda

    Masukkan nama, gambar, kadar harian, deposit dan lokasi ambil bagi setiap kenderaan.

  2. 2

    Tetapkan cara bayaran

    Simpan akaun bank atau DuitNow QR anda dalam Tetapan supaya pelanggan tahu ke mana hendak buat pindahan.

  3. 3

    Kongsi pautan tempahan

    Hantar pautan kedai kepada pelanggan atau letak di media sosial.

  4. 4

    Sahkan dan serah kunci

    Semak resit, sahkan tempahan, dan hantar invois selepas bayaran dibuat.

Soalan lazim

Boleh dua pelanggan tempah kereta yang sama pada tarikh yang sama?

Tidak. Tarikh yang sudah ditempah disekat pada halaman tempahan, dan sistem menolak tempahan kedua untuk kereta dan tarikh yang sama.

Berapa banyak kereta yang boleh saya urus?

Starter untuk sehingga 7 aset, Pro sehingga 25 aset, dan Business tiada had. Tempahan tanpa had dalam semua pelan.

Adakah JagaRent mengutip bayaran sewa bagi pihak saya?

Tidak. Pelanggan membayar terus kepada anda melalui pindahan bank atau DuitNow QR dan memuat naik resit. JagaRent menjejak bayaran dan menyimpan resit bersama tempahan; ia tidak memegang wang anda.

Boleh saya masukkan tempahan pelanggan walk-in atau WhatsApp?

Boleh. Pilih tarikh pada kalendar dan isi maklumat pelanggan. Tempahan itu menyekat tarikh sama seperti tempahan online.

JagaRent juga sesuai untukSistem tempahan homestaySistem sewa rumah

Urus perniagaan kereta sewa anda dari satu kalendar

Cuba JagaRent percuma selama 14 hari. Tiada kad kredit diperlukan.

Mula percubaan percuma